Prabakaran disaran letak jawatan

Prabakaran
Prabakaran
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran disaran letak jawatan bagi memberikan laluan kepada Tian Chua bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu.

Wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Batu, Mohd Helmie Mohamad Arof berkata, cadangan itu mendapat sokongan daripada 14 NGO yang berpandangan kerusi itu wajar dikosongkan.

Menurutnya, ia susulan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu memutuskan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah.

“Khidmat Tian Chua amat ditagih kerana rekod perkhidmatan cemerlang yang ditonjolkan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Batu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Helmie berkata, Prabakaran yang juga calon Bebas menang pada PRU14 dengan hasil bantuan jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat.

Artikel Berkaitan: