Penindasan ke atas Rohingya: Suu Kyi kena saman

Kerajaan Myanmar didakwa menyembunyikan kekejaman yang dilakukan tentera terhadap etnik Rohingya.
Kerajaan Myanmar didakwa menyembunyikan kekejaman yang dilakukan tentera terhadap etnik Rohingya.
A
A
A

BUENOS AIRES - Kumpulan hak asasi manusia di Amerika Latin memfailkan saman ke atas Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan beberapa pegawai tertinggi tentera atas kekejaman yang dilakukan mereka ke atas etnik Rohingya hingga menyebabkan kebanjiran golongan itu di sempadan Bangladesh ketika ini.

Menerusi tuntutan undang-undang yang difailkan di Argentina semalam, bekas ikon prodemokrasi dan kerajaan Myanmar didakwa terlibat dalam kempen pembersihan etnik dan genosid terhadap kumpulan minoriti Islam tersebut.

Dokumen tersebut dikemukakan di bawah prinsip 'bidang kuasa sejagat' satu konsep undang-undang yang menyatakan beberapa perbuatan seperti jenayah perang dan kemanusiaan yang tidak khusus kepada satu negara yang boleh dibicarakan di tempat lain.

Tuntutan tersebut dipimpin oleh peguam hak asasi manusia Argentina, Tomas Ojea yang pernah menjadi Pelapor Khas PBB di Myanmar antara 2008 dan 2014 dan ia disokong dua kumpulan hak asasi manusia yang menuntut pemimpin politik dan ketua tentera, Min Aung Hlaing diheret ke muka pengadilan berhubung ancaman berterusan ke atas penduduk Rohingya.

Isnin lalu, kes berasingan turut dikemukakan terhadap Myanmar oleh Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. - Agensi

Artikel Berkaitan: