GPMS sokong pendirian kerajaan mengenai UEC

Zamri Mohd Isa
Zamri Mohd Isa
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menzahirkan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC).

Presidennya, Zamri Mohd Isa berkata, GPMS mempunyai pendirian yang selari dengan Perdana Menteri bahawa sebarang bentuk pengiktirafan ke atas UEC perlu dilihat dari faktor persekitaran semasa dan kesesuaian dari pelbagai sudut termasuk dari dari segi teknikal serta persepsi masyarakat umum terhadap peperiksaan UEC itu sendiri.

Tegas beliau, polemik berkenaan peperiksaan UEC harus dinilai secara lebih rasional dan turut mengambil kira pandangan masyarakat umum terhadap pengiktirafan peperiksaan tersebut yang merupakan isu sensitif.

“GPMS berpendapat bahawa, isu ini bukan sahaja merupakan isu yang sensitif kepada orang Melayu semata-mata, tetapi kerajaan juga harus mengambil kira perasaan bangsa-bangsa lain di Malaysia termasuk orang Cina, India serta lain-lain yang setia dan menerima sistem pendidikan kebangsaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 2 Januari lalu, beberapa media tempatan memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang melaporkan Dr. Mahathir mahu perasaan orang Melayu turut dipertimbangkan sebelum UEC diiktiraf dan menekankan kepentingan penguasaan bahasa Melayu.

Kenyataan yang sama turut diulangi oleh Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis PH.

Sehubungan itu, Zamri ketika mengulas mengenai perkara tersebut berkata, adalah tidak adil untuk pihak kerajaan merombak Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi memenuhi keperluan pengiktirafan UEC yang merupakan hanya sebilangan kecil rakyat Malaysia yang memilih untuk tidak berada dalam sistem pendidikan kebangsaan.

“GPMS juga berpendapat bahawa, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk membubarkan Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) yang ditubuhkan di bawah seliaan kementerian kerana ianya bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan majoriti rakyat Malaysia,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: