Malaysia catat rekod penduduk 'tergemuk' paling tinggi Asia

Ciap KKM berkaitan Malaysia mempunyai bilangan penduduk 'tergemuk' paling tinggi di Asia.
Ciap KKM berkaitan Malaysia mempunyai bilangan penduduk 'tergemuk' paling tinggi di Asia.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia direkodkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk 'tergemuk' paling tinggi di Asia.

Ciapan di laman mikro Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia itu sempena Hari Diabetes Sedunia hari ini.

Kementerian itu menjelaskan, sehingga November tahun ini, Malaysia adalah negara 'tergemuk' di Asia kerana 33 peratus rakyatnya berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti.

"Jika ibu bapa obes, anak pula berisiko 13 kali ganda obes. Kawal berat badan dan bersenam mampu kurangkan risiko diabetes," ciap KKM.

Pada April lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad turut mengumumkan Malaysia sebagai negara mempunyai bilangan penduduk obesiti paling tinggi di Asia sejak tahun 2015.

Beliau berkata, statistik itu amat membimbangkan kerana obesiti antara faktor utama bagi sebilangan besar penyakit kronik.

Menurut Dzulkefly, statistk Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan Malaysia telah menjadi sebuah negara obes kerana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan.

Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia juga menunjukkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak negara ini adalah kedua tertinggi di Asia selepas Brunei.

Artikel Berkaitan: