Jurutera audio tikam isteri sarat hamil didakwa esok

Laporan Sinar Harian berkaitan kes ini.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jurutera audio televisyen tempatan yang menikam isterinya yang sarat hamil dalam kejadian di sebuah rumah di Presint 9 di sini minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya esok.

Bapa kepada tiga orang anak itu dijangka berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

Jika sabit kesalahan, suspek yang berusia 39 tahun itu boleh dihukum mengikut Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat.

Dia sebelum ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sabtu lalu, mangsa seorang guru yang hamil 37 minggu tekad memandu ke Hospital Putrajaya dalam keadaan berlumuran darah selepas ditikam suaminya untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru hamil cedera ditikam suami

Mangsa putus pembuluh darah akibat daripada luka di jari kiri, lengan tangan kanan, dua kesan luka di perut dan luka di belakang kanan badan.

Pembedahan dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mangsa berkata, suami mengalami tekanan mental dan menerima rawatan psikiatri.