X

Kindly register in order to view this article
!

Henti sebar gambar, video kes tikam: Polis

Laporan Sinar Harian berkaitan kes itu semalam. Gambar kecil: Mohammad Noor
A
A

KUANTAN - Orang ramai diminta memadam dan tidak menyebarkan semua elemen video dan gambar kes tikam tiga individu termasuk ibunya sendiri dalam kejadian di Taman Kampung Padang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superintendan Mohammad Noor Yusof Ali berkata, penyebaran video dan gambar boleh menjejaskan bukti serta tatacara dalam penyiasatan pihak polis.

Menurutnya, malah ia juga akan mengaibkan mangsa kerana mendedahkan perkara tidak sepatutnya.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang mempunyai semua elemen bagi kes tikam ini (gambar dan video) diminta memadamkannya.

"Kalau boleh jangan tularkan lagi gambar dan video itu kerana kes masih dalam siasatan," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa, Sefiah Hamid, 62, maut dengan kesan tikaman di bahagian leher dipercayai ditikam anak lelakinya yang sakit mental.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Aku dah bunuh mak'

Ibu maut ditikam anak, mayat diletak atas kerusi roda

Suspek berumur 38 tahun itu bertindak meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda sebelum menolak keluar dari rumah sejauh 50 meter.

Dia turut mencederakan dua lagi mangsa iaitu adik perempuannya bersama teman lelakinya yang kebetulan tiba di lokasi kejadian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus