Kuasa tular, pelajar raih RM1,700 bantu rakan beli 'spec'

Cermin mata Muhammad Nur Faizal kabur. Muhammad Nur Faizal memerlukan cermin mata baharu.
Cermin mata Muhammad Nur Faizal kabur. Muhammad Nur Faizal memerlukan cermin mata baharu.
A
A
A

MERSING - Seorang pelajar tidak menyangka ciapan di Twitter meminta pertolongan dari warganet bagi membantu rakan sekolahnya membeli cermin mata baharu membuahkan hasil selepas berjaya mengumpul RM1,705.

Muhammad Haikal Ahad, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh, meluahkan rasa simpati kepada rakan baiknya, Muhammad Nur Faizal susulan cermin mata yang digunakan itu telah kabur dan menyukarkan proses pembelajaran.

Lebih mengharukan mereka adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menerusi Twitter @ekaldowski (Muhammad Haikal), rakannya dari keluarga kurang mampu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya setelah kedua ibu bapa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tahun lalu.

"Jadi, warga Twitter, aku harap sangat dapat tolong kawan aku dan belikan cermin mata baharu.

"Buat yang dah retweet (ulang ciap), aku ucap terima kasih sangat dan aku harap ALLAH akan balas jasa kamu semua," ciapnya yang tular di laman sosial.

Bersimpati dengan apa yang berlaku, warganet tampil menyumbangkan wang ke akaun milik Muhammad Haikal untuk membantunya membeli cermin mata buat Muhammad Nur Faizal.

"Nanti periksa akaun. Suruh dia buat cermin mata baharu cepat dan semoga berjaya dalam kehidupan," ciap @MazrulHisyem.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, ada juga warganet sudi memberi duit belanja sekolah buat Muhammad Nur Faizal.

"Sudah bro, tapi duit cermin mata aku rasa mesti dah cukupkan? ha duit ni beri pada dia buat belanja sekolah," ciap @khairylz.

Rata-rata mereka turut mendoakan kejayaan kedua pelajar itu yang sedang menghadapi SPM dan menjadi insan terbaik.

link Twitter - https://twitter.com/ekaldowski/status/1193805844762124288