[VIDEO] Armada desak siasat kenyataan Lokman Adam

Muhammad Azizi menunjukkan laporan polis terhadap kenyataan Lokman Noor Adam.
Muhammad Azizi menunjukkan laporan polis terhadap kenyataan Lokman Noor Adam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Armada Bersatu meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa menghina mahkamah berikutan kenyataannya mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Azizi Sulaiman berkata, kenyataan Lokman mempertikaikan keputusan mahkamah memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd, disifatkan berunsur hasutan.

“Kita juga mahu mempertahankan kredibiliti dan integriti mahkamah.

"Perkara ini tidak ada campur tangan mana-mana pihak. Setakat ini ia mengikut lunas undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Azizi berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah, apatah lagi Lokman sebelum ini pernah menyatakan berkenaan ‘rule of law’.

Sementara itu, seorang lagi Exco Armada Bersatu, Mohamad Firdaus Mat Azahar berkata, sekiranya terdapat campur tangan, sudah tentu Najib sudah dijatuhkan hukuman sejak awal lagi, namun Ahli Parlimen Pekan itu tetap diberi peluang mempertahankan dirinya.

“Mahkamah beri lagi ruang untuk ‘fight’ kes tersebut,” katanya.

Laporan sebuah portal berita Lokman mempertikaikan perjalanan kes SRC International Sdn Bhd yang disifatkannya mencurigakan apabila tiga saksi penting tidak dipanggil memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

Lokman turut mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam pertuduhan yang dihadapi Najib.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya lagi terkejut Najib terkejut'