Lembu bawa tuah

Lembu terbabit pertama kali memasuki kedai itu pada musim panas lalu.
Lembu terbabit pertama kali memasuki kedai itu pada musim panas lalu.
A
A
A

ANDRA PRADESH - Dalam satu kejadian lucu sebuah kedai pakaian di India sering menerima kunjungan 'tetamu khas' pada setiap hari sejak enam bulan lalu.

Menurut pemilik kedai itu, P Obaiah, haiwan tersebut pernah memecah masuk ke premis terbabit di bandar Mydukur di daerah Kadapa pada musim panas lalu dan berehat di bawah kipas selama dua hingga tiga jam sebelum berlalu pergi.

Ketika itu, ia cuba menghalau lembu terbabit namun ia tetap tidak berganjak.

"Sejak itu, ia sering datang ke kedai kami pada setiap hari. Pada mulanya, kami menyangka ia akan memberi kesan kepada perniagaan kami.

"Tetapi, jualan kami terus meningkat. Menariknya, ia tidak merosakkan premis ini," kata pemilik Sri Sairam cloth showroom tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: