Perusuh di Hong Kong bakar lelaki beza politik dengan mereka

Hong Kong terus bergolak. - Foto fail AP
Hong Kong terus bergolak. - Foto fail AP
A
A
A

HONG KONG - Seorang lelaki pertengahan umur cedera parah hari ini selepas dibakar oleh para perusuh di Hong Kong, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis dan pihak hospital yang mengesahkan perkara itu.

Polis menerima laporan pada jam 12.53 tengah malam waktu tempatan bahawa seorang lelaki telah diserang dan dibakar di atas jambatan jalan kaki di kawasan Ma On Shan dalam Wilayah Baharu.

Rakaman online menunjukkan seorang lelaki memakai kemeja T hijau telah dibelasah sehingga berdarah oleh beberapa penunjuk perasaan bertopeng di atas jambatan itu selepas menyatakan pendirian politik yang berbeza dengan penyerang.

Ketika beliau berhujah dengan penunjuk perasaan terbabit, seorang perusuh berpakaian hitam yang bertopeng telah mencurahkan cecair mudah terbakar ke atas kepala mangsa sebelum bertindak membakarnya.

Pihak Berkuasa Hospital Hong Kong berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Prince of Wales dan berada dalam keadaan kritikal.

Kes itu sedang disiasat oleh Unit Jenayah Serantau Wilayah Baharu Selatan Polis Hong Kong. - Bernama

Artikel Berkaitan: