Tragedi pancing udang

Mayat mangsa dibawa naik ke tebing oleh anggota bomba dan penyelamat untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
Mayat mangsa dibawa naik ke tebing oleh anggota bomba dan penyelamat untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
A
A
A

TELUK INTAN - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memancing udang bersama empat rakannya di Sungai Perak berhampiran Dataran Udang pada 8 November ditemui hari ini.

Mangsa, Tan Kok Boon, 30, difahamkan terjatuh ditemui orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya telah menjalankan operasi pencarian dibantu beberapa agensi lain sebaik sahaja menerima laporan.

"Mangsa ditemui oleh orang awam dalam jarak kira-kira 5 kilometer (km) daripada lokasi mangsa dipercayai jatuh.

"Operasi pencarian mangsa sebelum ini menggunakan dua bot aluminium merangkumi jarak 7km dari lokasi mangsa dipercayai lemas," katanya melalui WhatsApp hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, mangsa difahamkan lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki bersama empat rakannya ketika memancing udang sebelum hilang di sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan: