Pokok di Sibu tumbang ekoran angin kencang

No Image Caption
A
A
A

SIBU - Angin kencang malam tadi menyebabkan beberapa batang pokok yang ditanam di beberapa lokasi bahu jalan bandar ini tumbang.

Di antara lokasi yang terlibat ialah di Jalan Bako, Jalan Dr Wong Soon Kai, Jalan Ulu Oya dan juga Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2.

Bagaimanapun tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian antara jam 9 malam hingga malam tadi.

Sehubungan itu Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC), Clarence Ting mengarahkan petugas majlis itu untuk memeriksa pokok-pokok yang ditanam di bahu-bahu jalan di bandar itu.

Dalam hantaran Facebooknya beliau meminta pihak SMC mencantas pokok yang berisiko untuk tumbang akibat angin kencang. - Bernama

Artikel Berkaitan: