Banjir di Membakut: 103 mangsa masih di PPS

Salah sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Limpijas Membakut berikutan hujan yang melanda kawasan itu. FOTO: BERNAMA
Salah sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Limpijas Membakut berikutan hujan yang melanda kawasan itu. FOTO: BERNAMA
A
A
A

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah kecil Membakut kekal 103 orang pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan pagi ini berkata, mangsa daripada 31 keluarga yang dipindahkan ke PPS Dewan Selagon, di sini terdiri daripada 51 dewasa, 47 kanak-kanak dan lima bayi.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 12 kampung di Membakut yang terjejas ialah Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai, Lampuas, Sindok, Siniko, Laut, Jambatan Baru dan Kampung Kayai.

Katanya, cuaca di kawasan itu pagi ini baik dan keadaan banjir semakin surut.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am. - Bernama

Artikel Berkaitan: