Alahai...nak dapat RM30 sehari pun susah

Abu Bakar (empat kanan) menyampaikan baju batik kepada pemandu teksi sumbangan kerajaan negeri.
Abu Bakar (empat kanan) menyampaikan baju batik kepada pemandu teksi sumbangan kerajaan negeri.
A
A
A

KUALA NERUS - “Ketibaan tahun baharu suram bagi kami apabila kos sara hidup makin tinggi dan permintaan teksi semakin berkurangan,” keluh pemandu teksi, Ahmad Suhaimi Abdullah, 56.

Ahmad Suhaimi yang mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di sini memaklumkan keadaan itu bermula sejak dua tahun lalu namun semakin dirasai tahun lalu.

Pada masa yang sama, katanya, pembayaran ansuran kereta bulanan juga tertangguh selama dua bulan tahun lalu namun bernasib baik kerana syarikat berkenaan masih mahu bertolak ansur.

“Inlah masalah dialami pemandu teksi hari ini. Hendak dapat RM30 sehari pun susah apa lagi pendapatan lebih dari itu kerana perkara itu sudah menjadi suatu yang mustahil, katanya, hari ini.

Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di sini.
Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di sini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Teksi negeri, Abu Bakar Yusof, 72, berkata, pemandu teksi di negeri itu juga tidak menerima bantuan dari mana mana pihak termasuk kerajaan negeri.

Menurutnya, persaingan kini juga semakin sengit termasuk dari pemandu Grab sehingga ahli terpaksa meminjam wang melalui persatuan bagi meneruskan kehidupan menanggung keluarga.

"Kita ada 46 pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di sini dan boleh dikatakan mereka semua membuat pinjaman melalui persatuan secara bergilir gilir.

Artikel Berkaitan:

"besarlah harapan kami jika kerajaan negeri dapat membantu menyalurkan bantuan elaun bulanan. Kami tak minta banyak pun hanya RM200 sebulan sebagai ejen pelancongan negeri," katanya.

Ahmad Suhaimi Abdullah.
Ahmad Suhaimi Abdullah.