Misi Liverpool masih penuh berliku

Peledak Liverpool, Sadio Mane, Fabinho dan Roberto Firmino giat menjalani latihan. Foto: AFP
Peledak Liverpool, Sadio Mane, Fabinho dan Roberto Firmino giat menjalani latihan. Foto: AFP
A
A
A

TONGGAK Liverpool, Fabinho menyifatkan kemenangan ke atas penyandang juara Manchester City yang bakal ditentang pada aksi ke-12 liga di Anfield masih belum boleh memberi sebarang jaminan bahawa kelab sarat tradisi kejuaraan liga Inggeris itu mampu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Sebaliknya penggempur dari Brazil itu berkata, dengan perjalanan liga masih panjang selain The Reds masih terikat dengan jadual padat saingan domestik dan Eropah sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam misi meraih kejuaraan berkenaan.

"Gelaran kejuaraan liga masih belum pasti dalam dakapan sekiranya Liverpool boleh mengalahkan Manchester City, kerana masih terpaksa berdepan 25 perlawanan lagi.

"Mengambil contoh saingan pada musim lalu, Liverpool begitu gah unggul dengan kelebihan tujuh mata tapi akhirnya?," katanya.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun mengakui kemenangan ke atas kelab Manchester itu tetap penting bagi melebarkan jurang mata The Reds sebagai pendahulu liga musim ini.

"Pada saya perlawanan menentang Manchester City di Anfield mempunyai keunikan tersendiri kerana jika menang kami mampu menyekat tekanan daripada pencabar terdekat kami selain melebarkan jurang mata

"Apa yang pasti pemain-pemain Liverpool perlu berusaha lebih gigih lagi kerana Manchester City pastinya tidak mahu pulang tangan kosong dari Anfield," katanya yang yakin sokongan padu penyokong The Reds akan menjadikan perlawanan kedua-dua kelab bertambah sengit.

Untuk rekod dalam 16 aksi terakhir melibatkan kedua-dua kelab berkenaan di laman keramat The Reds, keputusan lebih berpihak kepada kelab kendalian Jurgen Klopp itu.

Artikel Berkaitan: