Remaja lelaki lemas ketika mandi di sungai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Keseronokan beberapa remaja lelaki mandi di sungai Kampung Terawih, Putatan dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, Mayat Hadif Farhan Zuhairul, 14, ditemukan lemas oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu di dasar sungai itu pada 7 malam tadi.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 5.29 dan 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan di lokasi mangsa dilaporkan hilang telah berjaya menemui mangsa di kedalaman kira-kira dua meter," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: