Operasi cari lelaki jatuh dari bot diteruskan

Anggota bomba dan penyelamat melakukan pencarian di permukaan dalam operasi yang turut disertai beberapa agensi lain.
A
A

TELUK INTAN - Operasi pencarian seorang lelaki yang hilang dikhuatiri lemas ketika memancing udang bersama empat rakannya di Sungai Perak berhampiran Dataran Udang di sini masih diteruskan hari ini.

Mangsa, Tan Kok Boon, 30, difahamkan terjatuh dari bot yang dinaiki bersama-rakannya sebelum hilang di sungai berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 6.42 petang semalam.

Anggota bomba dan penyelamat meneruskan operasi mencari Kok Boon malam tadi menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.
Anggota bomba dan penyelamat meneruskan operasi mencari Kok Boon malam tadi menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.

Katanya, pencarian sejak semalam itu turut disertai beberapa agensi lain iaitu Pasukan Bomba Sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.

"Kita menjalankan operasi pencarian sejak petang semalam hingga pagi ini dengan penglibatan beberapa agensi lain.

"Operasi pencarian mangsa menggunakan dua bot aluminium dengan kaedah pencarian di permukaan air," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pancing udang dikhuatiri lemas