Undang-undang ketat diperlukan kekang aktiviti basikal lajak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Undang-undang yang ketat diperlukan bagi mengekang aktiviti basikal lajak kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pihak polis memerlukan undang-undang yang ketat bagi isu basikal lajak dan lain yang boleh menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan awam.

“Kami melihat kepada peruntukan undang-undang dan kaedah terbaik yang boleh mengekang aktiviti ini,” katanya kepada pemberita selepas Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Kadet Inspektor Siri 1/2019 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

ARTIKEL BERKAITAN: Harap ada undang-undang banteras basikal lajak

'Tak perlu haramkan, tapi sediakan litar basikal lajak'

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Azisman berkata, sebanyak 116 basikal lajak dirampas dalam 13 operasi yang dilaksanakan bermula Januari hingga Oktober lalu dengan 26 lokasi tumpuan dikenal pasti dijadikan litar basikal lajak yang membabitkan lapan negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Johor, Kelantan dan Sabah.

Artikel Berkaitan:

Mazlan Mansor beramah mesra bersama penerima Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Kadet Inspektor Bil. 5 Siri 1/2019, penerima Sijil Terbaik Latihan Luar (Wanita), Siti Najwa Rashid (dua dari kanan), Sijil Terbaik Keseluruhan Amirul Syafiq Mohd Noor (kiri) dan Sijil Terbaik Latihan Luar (Lelaki) Muhammad Firdaus Ab Aziz (kanan) dan Sijil Terbaik Akademik Nur Fakhira Mat Radzi (tiga dari kanan) pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (Plak) Kadet Inspektor Bilangan 5 Siri 1/2019 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. - Foto Bernama

Terdahulu, seramai 170 anggota inspektor kadet berjaya menamatkan latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet.

Pada upacara itu, Kadet Inspektor Amirul Syafiq Mohd Noor diumumkan sebagai peserta terbaik keseluruhan latihan. - Bernama