Lelaki dibakar kerana tidak beri kawan rokok

Bayu (kanan) dan Suka kini ditahan pihak polis yang akan dijatuhkan hukuman kerana membakar kawannya sendiri hanya kerana tidak memberi rokok.
Bayu (kanan) dan Suka kini ditahan pihak polis yang akan dijatuhkan hukuman kerana membakar kawannya sendiri hanya kerana tidak memberi rokok.
A
A
A

INDONESIA - Berang rakannya tidak memberikan rokok, dua lelaki tergamak memukul dan menyimbah petrol sebelum membakar rakannya itu dalam kejadian di Semarang di sini baru- baru ini.

Jurucakap polis Semarang, Warijan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Widodo, 40 yang dalam perjalanan pergi ke tempat kerjanya sebelum terserempak dengan dua rakannya, Suka Adi, 27, dan Bayu Angga, 27.

Menurutnya, dua rakannya itu meminta rokok daripada mangsa namun dia tidak mempunyai rokok ketika itu kerana sudah habis dan Suka mengarahkan mangsa ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli rokok di situ

"Namun kedai tersebut tutup dan Widodo kembali berjumpa rakannya itu memberitahu bahawa premis tersebut belum dibuka lagi.

"Berang akibat tidak mendapat rokok, Suka memukul Widodo di kepala dan menyimbahnya dengan petrol sebelum Bayu menyalakan api menyebabkan seluruh badan mangsa terbakar.

"Widodo menjerit kesakitan namun dia sempat berlari dan terjun ke dalam sungai berhampiran untuk menyelamatkan dirinya,".Lapor Tribun news memetik sumber.

Dalam pada itu, Warijan berkata, Widodo mengalami kecederaan serius dan telah menerima rawatan di samping sudah dibenarkan pulang dari hospital.

"Selepas mangsa keluar dari hospital, dia telah membuat laporan polis dan kita segera menahan kedua-dua suspek tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Suspek didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan dan berdepan hukuman penjara sembilan tahun,” katanya.