TNB, THT berentap di final

Pemain THT, Faizal Saari (kanan) mengasak para pemain Maybank pada perlawanan Separuh akhir TNB MHL Piala Tan Sri P. Alagendra 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kedudukan semasa THT 3 Maybank 1. - Foto Bernama
Pemain THT, Faizal Saari (kanan) mengasak para pemain Maybank pada perlawanan Separuh akhir TNB MHL Piala Tan Sri P. Alagendra 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Kedudukan semasa THT 3 Maybank 1. - Foto Bernama
A
A
A

TENAGA Nasional Berhad (TNB) mara ke final Piala Tan Sri P Alagendra 2019 selepas menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Kejayaan ke final itu membuka peluang kepada TNB yang dibimbing ketua jurulatih Nor Saiful Zaini Nasiruddin menebus kekecewaan mereka pada edisi 2016 selepas tewas 1-2 di tangan Kelab Hoki Sapura.

Nor Saiful mengakui kejayaan ke final dan seterusnya menjadi juara edisi kali ini penting buat pasukannya dalam sasaran mereka menamatkan saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 pada kedudukan dua pasukan teratas.

“Pasukan ini dibarisi pemain senior dan muda kebangsaan yang kita tahu memiliki potensi dan dapat dilihat gabungan antara mereka menunjukkan satu perkembangan positif di mana mereka bermain lebih baik daripada musim sebelum ini.

“Sudah tentu dalam perlawanan akhir nanti kita mahu jadi juara dengan kurang melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan menyempurnakan setiap peluang yang dicipta,” katanya selepas tamat perlawanan di sini, hari inii

Pada aksi hari ini, TNB yang mendapat ‘bye’ ke separuh akhir membuka jaringan pada minit ke-24 menerusi pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan sebelum Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dan Firhan Ashaari masing-masing meledak jaringan padang pada minit ke-26 dan minit ke-32.

Sementara itu Ketua jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj akur dengan kekalahan 0-3 pasukannya di tangan TNB yang menampilkan aksi bertenaga.

Katanya, kekurangan pemain di dalam pasukannya iaitu seramai 14 pemain digunakan sepenuhnya TNB untuk bermain corak permainan pantas yang jelas memberikan impak negatif terhadap tahap kecergasan para pemainnya.

Artikel Berkaitan:

"Ini merupakan kekuatan TNB yang mempunyai sepuluh pemain negara berjaya melakukan larian pantas dan serangan balas dengan cepat.

"Kami pula hanya bermain dengan kekuatan 14 pemain hari ini dan ia merupakan situasi yang agak sukar dari segi fizikal dan kekuatan pasukan," katanya.

Dalam pada itu, lawan TNB di final adalah Terengganu Hockey Team (THT) yang mengatasi Maybank 4-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Aksi final akan berlangsung pada Ahad di venue sama.- Bernama