Masuk syurga hanya dengan bayaran RM18

Warga emas yang mengetuai satu ajaran sesat di Sulawesi Selatan, di sini berjaya ditumpaskan dan kini dalam tahanan pihak polis.
Warga emas yang mengetuai satu ajaran sesat di Sulawesi Selatan, di sini berjaya ditumpaskan dan kini dalam tahanan pihak polis.
A
A
A

INDONESIA - Sebuah ajaran sesat tumpas berikutan penahanan seorang warga emas yang mengaku dirinya seorang rasul di Sulawesi Selatan di sini.

Warga emas berusia 74 tahun itu yang kini dalam tahanan pihak polis telah menyesatkan pengikutnya dengan meyakinkan mereka bahawa ajaran yang dibawanya boleh membuatkan pengamalnya masuk ke syurga dengan mudah.

Lebih memeranjatkan, ajaran dikenali sebagai aliran Tarekat Tajul Khalwatiyah Tariq Sheikh Yusuf itu juga akan memberikan kad syurga kepada pengikutnya, namun wajib membayar sebanyak Rp10,000 (RM3) dan Rp50,000 (RM15) untuk mendapatkan kad tersebut yang mengesahkan mereka menjadi ahli aliran tersebut.

Menurut polis Indonesia, warga emas tersebut yang menganggap dirinya sebagai seorang mahaguru juga berjaya memperdaya pengikutnya dengan kata-kata kononnya dia mampu memanjangkan umur seseorang, lapor Tribun Gowa memetik sumber.

Polis turut berjaya merampas 138 keping bukti dari kediaman lelaki itu.
Polis turut berjaya merampas 138 keping bukti dari kediaman lelaki itu.

"Semua pengikut juga dikehendaki membayar zakat berdasarkan berat badan iaitu 1 kilogram bersamaan dengan RM1.50 dan mereka juga perlu membayar zakat maal atau aset yang bernilai 2.5 peratus dari hasil pendapatan mereka.

"Dia kini didakwa atas pelbagai tuduhan seperti penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk, menghina agama dan pengubahan wang haram dan modus operandinya hanyalah untuk menyesatkan pengikutnya.

"Para pengikutnya dijanjikan keselamatan dunia dan akhirat, namun akhirnya agama sesat ini tumpas dan kini dalam siasatan pihak polis dan di samping kerjasama Majlis Ulama Indonesia, kita juga berjaya merampas 138 keping bukti dari kediaman lelaki itu," katanya.

Artikel Berkaitan: