UMP diiktiraf universiti terbaik penyelidikan dan inovasi

Dr Wan Azhar (tengah) hadir menerima Anugerah MRSA bagi Universiti Terbaik Penyelidikan dan Inovasi.
Dr Wan Azhar (tengah) hadir menerima Anugerah MRSA bagi Universiti Terbaik Penyelidikan dan Inovasi.
A
A
A

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dinobatkan universiti terbaik dalam penyelidikan dan inovasi apabila menerima anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA) 2019 bagi Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (Institusi) kategori universiti bukan penyelidikan.

Kejayaan membanggakan itu dilakar pada Majlis Anugerah MRSA dan Pengiktirafan Jurnal CRÈME 2019 anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Clarivate Analytics dan Elsevier di Hotel Zenith, Putrajaya Selasa lalu.

Anugerah yang disampaikan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Mohd Gazali Abas diterima Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff.

Dr Wan Azhar berkata, pada majlis tersebut, UMP turut melakar kejayaan berganda apabila salah seorang pensyarahnya, Profesor Madya Dr Wan Azmi Wan Hamzah, 35, turut memenangi dua anugerah MRSA bagi kategori Prominent Topics in Research untuk bidang penyelidikan pemindahan haba.

Menurutnya, penyelidikan Dr Wan Azmi berkaitan teknologi nanopartikel dispersion telah diterbitkan di dalam jurnal berkualiti dan diiktiraf berimpak tinggi berdasarkan sitasi yang diterima daripada pengkalan data Elsevier.

"Beliau juga (Dr Wan Azmi) turut dinobatkan sebagai penyelidik muda berdasarkan pemilihan penyelidik terbaik di bawah usia 40 tahun.

"Penerbitan beliau lebih tertumpu kepada aplikasi bendalir dalam bidang automotif. Antara produk berimpak yang terhasil daripada penyelidikan beliau adalah bendalir penyejuk nano untuk radiator kenderaan, pelincir nano untuk penyaman udara kenderaan dan yang terkini cat nano untuk komponen automotif," katanya.

Dr Wan Azhar berkata, sebanyak 116 penerbitan daripada pensyarah itu telah direkodkan di dalam data scopus dengan jumlah sitasi 2083 dan h-index 27.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah penerbitan tersebut, 97 penerbitan telah diindek oleh web of science, 57 penerbitan dikategorikan jurnal berimpak tinggi Q1 yang menyumbang kepada data sitasi yang tinggi di dalam pengkalan data Elsevier dan sebahagian besar penerbitan ini adalah di dalam bidang pemindahan haba," katanya.

Dr Wan Azmi bersama dua anugerah MRSA dimenangi bagi ategori Prominent Topics in Research untuk bidang penyelidikan pemindahan haba dan dinobat Young Reseacher.
Dr Wan Azmi bersama dua anugerah MRSA dimenangi bagi ategori Prominent Topics in Research untuk bidang penyelidikan pemindahan haba dan dinobat Young Reseacher.

Menurutnya, kegemilangan yang terus dilakar UMP menjadi kebanggaan buat seluruh warganya.

"Biarpun UMP berusia 17 tahun, sebagai sebuah universiti awam dan salah satu universiti teknikal (MTUN) di negara ini, anugerah yang diterima ini satu pengiktirafan terhadap kecemerlangannya.

"Seiring dengan slogan 'bergerak bersama’ warga UMP akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif," katanya.

Dr Wan Azhar berkata, usaha tersebut dapat memanfaatkan masyarakat selain meningkatkan keupayaan latihan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi di negara ini.

Pada MRSA 2019 itu, Universiti Malaya (UM) dinobatkan universiti terbaik penyelidikan dan inovasi untuk Universiti Penyelidikan.

Selain anugerah kecemerlangan penyelidikan institusi, Clarivate Analytics menganugerahkan Hot Review Paper kepada satu penerima, Research and Innovation Excellence Researcher (7 penerima). Manakala pihak Elsevier menganugerahkan 12 penyelidik sebagai penerima MRSA bagi kategori International Collaboration (3 penerima), Prominent Topics in Research (4 penerima), Citation Classic (4 penerima) dan Young Researcher (1 penerima).