11 individu ditahan miliki dadah

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Taman Bukit Kaya Isnin lalu.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Taman Bukit Kaya Isnin lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan 11 individu termasuk enam wanita warga asing kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM13,000 dalam satu operasi khas di Taman Bukit Kaya di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Negeri Sembilan, Superintendan Pang Jin Lai berkata, kesemua suspek berumur antara 23 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 pagi.

"Hasil pemeriksaan polis menemui dadah jenis syabu dengan anggaran berat seberat 79.81 gram, ketamin (2.14 gram), cecair ecstacy (0.45 liter) dan tiga biji pil ecstacy (1.13 gram).

"Jumlah rampasan dadah dianggarkan bernilai RM13,000," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jin Lai berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine bagaimanapun kesemuanya juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 11 November ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.

Sementara itu, selain rampasan dadah, pihak polis turut menyita harta milik kesemua suspek antaranya kereta, barangan kemas dan wang tunai dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM154,685.

Artikel Berkaitan:

Barangan kemas dan wang tunai milik suspek yang dirampas dalam serbuan itu.
Barangan kemas dan wang tunai milik suspek yang dirampas dalam serbuan itu.

Terdahulu, Pang berkata, JSJN Negeri Sembilan serius membanteras dadah habis-habisan dengan fokus terhadap tangkapan pengedar dadah yang aktif khususnya di negeri ini.

"Ini termasuk melumpuhkan ekonomi pengedar dadah dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti menyalahi undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya (perlucutan harta) 1988," katanya.