Selamatbercuti.com tawar pakej terbaik teroka dunia

Pelanggan Wan Vacation yang memilih pakej percutian ke Rusia.
Pelanggan Wan Vacation yang memilih pakej percutian ke Rusia.
A
A
A

SHAH ALAM - Kebanyakan individu yang bercuti bersama keluarga atau sahabat handai gemar merancang sendiri percutian kerana menganggap ia lebih mudah, menjimatkan dan fleksibel dari segi masa.

Bagaimanapun, ada juga pelancong yang tidak mahu pening kepala merancang percutian sendiri terutamanya jika mahu berkunjung ke luar negara.

Golongan itu pasti mencari agensi pelancongan yang mampu menawarkan pakej lengkap merangkumi tiket, tempat tinggal, pengangkutan, makanan halal dan destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Mereka kini tidak perlu bimbang kerana Wan Vacation Sdn Bhd menerusi laman webnya, selamatbercuti.com, menawarkan pakej menarik pada harga berbaloi.

Ketua Pemasaran Wan Vacation, Bashrafi Rahman berkata, agensi pelancongan yang menawarkan pakej Muslim itu sudah beroperasi selama hampir 11 tahun dan diusahakan sepenuhnya oleh bumiputera.

Bashrafi
Bashrafi

Beliau berkata, pihaknya memberikan penekanan sebanyak 80 peratus kepada pakej pelepasan berkumpulan untuk mengunjungi lebih 30 destinasi pilihan antaranya negara-negaranya, Eropah, Pantai Barat Amerika Syarikat, China, Korea, Turki dan terbaharu ke Dubai.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, menerusi pakej itu pihaknya menempah tarikh penerbangan untuk berlepas ke destinasi-destinasi ditawarkan dalam pakej yang merangkumi penginapan, makanan, pengangkutan termasuk aktiviti sepanjang melancong.

“Kita sediakan semua. Pelanggan hanya perlu datang pilih tarikh dan beli pakej.

"Rata-rata setiap pakej yang disediakan akan mengehadkan seramai 32 orang bagi satu kumpulan termasuk diiringi seorang pemandu pelancong berpengalaman yang disediakan agensi.

“Pakej pelepasan berkumpulan ini mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada pelanggan warga emas yang meliputi hampir 50 peratus,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.

Menurut Bashrafi, warga emas gemar memilih pakej tersebut kerana kebiasaannya mereka tidak tahu destinasi yang harus dikunjungi dan menyerahkan sepenuhnya kepada agensi pelancongan untuk mengaturkan percutian.

“Bagi menghargai pelanggan warga emas ini, kita turut menyediakan diskaun istimewa antara RM50 ke RM150 lebih murah berbanding harga asal untuk mereka.

"Malah maklum balas lain yang kita terima menyatakan pakej pelepasan berkumpulan ini lebih jimat, murah selain dapat melancong ke lebih banyak tempat di setiap destinasi pilihan mereka,” katanya.

Tawar pakej 50 peratus lebih murah

Bashrafi berkata, harga pakej yang ditawarkan pihaknya adalah 50 peratus lebih murah dan agak kompetitif dengan pasaran pelancongan terkini.

“Harga pakej itu sudah termasuk makan untuk tiga kali sehari, hotel, pengangkutan, tiket masuk, tiket kapal terbang pergi balik termasuk cukai lapangan terbang serta tip kepada pemandu pelancong dan pemandu.

“Walaupun kita tawarkan harga lebih murah, ia tidak bermakna kita mengurangkan kualiti perkhidmatan sebaliknya kita memberikan nilai tambah kepada pakej ditawarkan.

“Contohnya, kita buat pakej tambahan di mana lazimnya pakej percutian hanya ke Maghribi-Sepanyol tapi kita mulakan produk pakej Maghribi-Sepanyol-Portugal dan akhirnya ia jadi trend dalam pasaran hari ini dan diikuti agensi-agensi pelancongan lain,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan boleh menikmati harga pakej pelepasan berkumpulan serendah RM1,350 seorang bagi dewasa mengikut pakej dipilih sehingga ke harga tertinggi iaitu RM12,390.

“Pembayaran deposit bergantung pada harga penuh pakej dipilih dan ia bermula serendah RM500 hingga RM2,500.

Bagaimanapun, bayaran akhir perlu dijelaskan 45 hari sebelum berlepas ke destinasi pilihan masing-masing,” katanya.

Selain itu, di portal selamatbercuti.com juga menawarkan pakej percutian keluarga yang merangkumi taman tema atau kawasan meluncur salji seperti pakej Shanghai-Disneyland, Romantisnya Korea Ski, Beijing Ski dan pakej jelajah Eropah.

Rancang perkenal destinasi baharu

Bashrafi berkata, bagi memastikan agensi pelancongannya kekal relevan, Wan Vacation sentiasa tampil dengan destinasi atau laluan baharu.

Menurutnya, terbaharu kolaboratif dijalankan bersama syarikat penerbangan Air Arabia yang baru sahaja membuka laluan dari Sharjah, Dubai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pakej ini sudah dilancarkan dan kita menawarkan 900 kerusi untuk pelepasan berkumpulan dari bulan Disember 2019 sehingga April 2020.

“Menerusi pakej ini, pelanggan boleh menikmati antaranya safari padang pasir, Dhow Cruise, makan malam di padang pasir termasuk menyertai acara beli-belah terbesar di Dubai Shopping Festival yang akan berlangsung pada Disember sehingga Januari depan,” katanya.

Sebahagian pelanggan menikmati percutian di Istanbul, Turki dengan menyelusuri selat Bhosporus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam.
Sebahagian pelanggan menikmati percutian di Istanbul, Turki dengan menyelusuri selat Bhosporus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam.

Wan Vacation juga bakal melancarkan pakej pelepasan berkumpulan yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menerokai lebih banyak lokasi dalam satu negara pada Julai tahun depan.

“Biasanya pakej pelancongan Wan Vacation sedia ada menawarkan percutian ke beberapa negara dalam satu pakej.

“Tapi kini kita lihat trend baharu iaitu orang makin gemar pergi ke satu negara tapi dapat melancong lebih banyak tempat dalam negara tersebut.

"Perancangan mengenai pakej ini masih dalam perbincangan tetapi salah satu destinasi yang mungkin dipilih ialah New Zealand,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai diharap tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pakej di selamatbercuti.com pada harga berbaloi melalui Jualan Akhir Tahun bermula 11 November sehingga 31 Disember ini serta jualan ‘Early Bird Special’ pada 15 Januari 2020 untuk pelepasan Jun hingga Oktober 2020.

Wan Vacation yang menawarkan portal selamatbercuti.com boleh diakses melalui akaun Facebook selamatbercuti.com, Instagram selamatbercuti dan talian 1800-18-2884 atau 03-91322884.