Panik kotak suis elektrik meletop sebelum terbakar

Kejadian berlaku di handapan sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang ibu negara tengah hari tadi. Foto: Ihsan Bomba
Kejadian berlaku di handapan sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang ibu negara tengah hari tadi. Foto: Ihsan Bomba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bunyi letupan yang berlaku melibatkan kotak suis elektrik berhadapan sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini tengah hari tadi menimbulkan suasana panik orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu kotak suis berkenaan dipercayai meletup sebelum terbakar.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 12.27 tengah hari.

“Sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat jalan Hang Tuah dengan kekuatan 13 anggota beserta satu jentera,tiga unit RIM , dan satu unit van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan kotak suis TNB yang terbakar di bahagian hadapan hotel.

“Api telah dipadamkan oleh pihak pengurusan hotel tersebut mengunakan alat pemadam api Bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, susulan itu Pusat Gerakan Operasi telah menghubungi pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: