Dapat kad merah gara-gara sepak ayam hingga mati

Ivan Gazdek menendang hingga mati seekor ayam yang memasuki padang ketika satu perlawanan bola sepak di Croatia. - Foto Agensi
Ivan Gazdek menendang hingga mati seekor ayam yang memasuki padang ketika satu perlawanan bola sepak di Croatia. - Foto Agensi
A
A
A

ZAGREB - Seorang pemain bola sepak di Croatia menerima kad merah gara-gara menendang hingga mati seekor ayam yang memasuki padang ketika perlawanan berlangsung.

Ketika kejadian Sabtu lalu, Ivan Gazdek, 23, dari pasukan NK Jelengrad sedang bermain menentang pasukan Jasenovac dalam satu perlawanan di utara Croatia.

Rakaman video menunjukkan Gazdek mengejar sekumpulan ayam yang memasuki padang sebelum menendang salah seekor daripadanya hingga mati.

Dia kemudian melemparkan ayam tersebut melepasi pagar menyebabkan bulu haiwan itu bertaburan di atas padang.

Bercakap kepada laman berita tempatan, 24 Sata, Gazdek berkata, dia dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan perbuatannya itu.

"Percayalah ia kejadian yang tidak disengajakan," kata Gazdek sambil menambah perlawanan terpaksa dihentikan beberapa kali berikutan ayam yang sering memasuki padang.

Gazdek yang menolak dakwaan dirinya tidak menyukai haiwan dilaporkan telah menghantar nota minta maaf kepada pemilik ayam tersebut dan memberikannya ayam yang baharu. - Agensi

Artikel Berkaitan: