Juarai Piala Malaysia, JDT bakal terima insentif

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama pemain-pemain Harimau Selatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama pemain-pemain Harimau Selatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor sedang meneliti insentif khas kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berikutan pasukan itu menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah dan bentuk insentif akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Insya-ALLAH kerajaan Johor akan memberi sedikit insentif kepada pasukan JDT. Berapa...tunggu...," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sabtu lalu, JDT berjaya menjulang Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan yang disaksikan 82,420 penyokong itu, JDT memberikan persembahan cemerlang seawal permainan sehingga menghasilkan dua gol di separuh masa pertama sebelum melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi gol tunggal di separuh masa kedua.

Kemenangan itu membolehkan JDT menebus kekecewaan final edisi 2014 di venue sama, selain melakar kemenangan kedua ke atas Kedah di pentas final selepas kejayaan menamatkan kemarau 26 tahun menjuarai Piala Malaysia pada edisi 2017. - Bernama

Artikel Berkaitan: