Tiga kedai musnah terbakar

Api marak menyebabkan hampir keseluruhan kedai terlibat musnah.
Api marak menyebabkan hampir keseluruhan kedai terlibat musnah.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Tiga buah kedai di Jalan Besar Sungai Bakap di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, hampir keseluruhan tiga unit kedai terbabit masing-masing sebuah restoran, kedai kusyen dan kedai runcit hangus terbakar.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Batu Kawan dan Nibong Tebal digerakkan ke lokasi dan anggota berjaya mengawal api pada 9.59 malam.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan forensik kebakaran kini sedang menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami tiga pemilik kedai terbabit,” katanya.

Artikel Berkaitan: