Salur maklumat kongsi gelap melalui Whatsapp

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan talian whatsapp khas bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pemerasan oleh kongsi gelap di kawasan mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Wan Ahmad Namuddin Mohd berkata, talian whatsapp itu diwujudkan di seluruh negara mengikut negeri dalam usaha untuk menangani masalah yang ditimbulkan kumpulan itu.

Menurutnya, PDRM mendapati bahawa kegiatan pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap ke atas pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor serta orang perseorangan semakin berleluasa.

“PDRM memandang serius jenayah ini, justeru itu, kerjasama daripada masyarakat amatlah signifikan dan berupaya memberi impak positif kepada keselamatan dan kesejahteraan awam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Ahmad berkata, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas pemeras ugut terbabit mengikut peruntukan di bawah kanun keseksaan termasuk juga Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Pertubuhan 1966.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini boleh menyalurkanya kepada Unit Pencegahan Kongsi Gelap Bukit Aman menerusi aplikasi whatsapp di talian 011-1227 7478 atau boleh menyalurkannya ke polis kontijen di setiap negeri.

Perlis: 018 9409 255

Kedah: 011 5891 4020

Artikel Berkaitan:

Pulau Pinang: 018 9714 508

Perak: 011 3959 0439

Selangor: 017 284 7611

KUala Lumpur: 017 2035 767

Negeri Sembilan: 018 649 5106

Melaka: 017 8847 470

Johor: 013 6052 467

Pahang: 010 2266 558

Terengganu: 013 9391 347

Kelantan: 016 3521 277

Sabah: 013 8928 228

Sarawak: 013 525 3052