Permaisuri Agong kongsi keunikan kraftangan negara di Indonesia

Tangkap layar video yang memaparkan Tunku Azizah sedang menerangkan tentang kraftangan Malaysia di Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ketujuh di Yogyakarta, Indonesia.
Tangkap layar video yang memaparkan Tunku Azizah sedang menerangkan tentang kraftangan Malaysia di Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ketujuh di Yogyakarta, Indonesia.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bukan sahaja berkenaan menghadiri Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ketujuh di Yogyakarta, Indonesia malah bercakap tentang keunikan kraftangan yang ada di Malaysia.

Perkongsian video Raja Permaisuri di Twitter baginda @cheminahsayang yang memuat naik video tersebut kira-kira jam 7.48 malam ini kini tular di media sosial.

Dalam video tersebut Tunku Azizah berkongsi dengan tetamu yang hadir dari seluruh dunia tentang kehebatan Malaysia mempunyai Institut Kraftangan Negara yang mempunyai semua jenis kraftangan yang ada di negara kita.

Malah segala kraftangan itu akan didokumentasikan dan akan diajar kepada mereka yang ingin mempelajari kraftangan tersebut dan juga Malaysia mempunyai dua buah sekolah yang mengajar kraftangan.

Video yang berdurasi 1 minit 40 saat itu kini meraih 6,700 tontonan dan rata-rata netizen kagum dengan Permaisuri Agong yang telah mewakili Malaysia untuk menunjukkan kehebatan Malaysia dalam bidang kraftangan.

Antara reaksi netizen yang kagum dengan Tunku Azizah yang mewakili Malaysia menceritakan tentang kehebatan kraftangan Malaysia.
Antara reaksi netizen yang kagum dengan Tunku Azizah yang mewakili Malaysia menceritakan tentang kehebatan kraftangan Malaysia.

"Perkongsian yang bagus, Tuanku..Tuanku sememangnya layak untuk mewakili suara Malaysia menerangkan tentang kraftangan. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia," tulis @fatma_tajudin di Twitter.

Ahmad Nazmi memberitahu: "Terima kasih Tuanku kerana buat kami berbangga dengan apa yang ada di Malaysia. Tuanku telah membuktikan kepada seluruh Malaysia yang kita sememangnya hebat dalam bidang kraftangan sehingga memiliki institut dan sekolah sendiri."

Artikel Berkaitan: