Adik menyamar ah long tipu kakak

Johari dibawa polis selepas selesai prosiding.
Johari dibawa polis selepas selesai prosiding.
A
A
A

AMPANG - Taktik seorang penganggur menipu kakak kandungnya dengan menyamar sebagai ah long dan menuntut wang tunai lebih RM60,000 akhirnya terbongkar selepas dia diberkas polis.

Johari Mokhtar, 49, kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan menipu kakak kandungnya, Rogayah Mokhtar ,57.

Bagaimanapun Johari mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Haslinda A.Raof.

Mengikut pertuduhan, Johari didakwa menipu kakaknya yang juga seorang peniaga dengan memperdaya wanita itu supaya untuk mempercayai bahawa dia adalah ah long sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM61,500 kepada tertuduh melalui akaun bank.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan AU 2A Taman Sri Keramat di sini pukul 6 petang pada 17 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM15,000 manakala Johari yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dengan alasan dia tidak bekerja.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: