Budak perempuan Palestin nyaris maut dilanggar lelaki Yahudi

Mangsa dikejarkan ke Hospital Beit Jala di Al-Khalil dan dilapor stabil. -Foto Agensi
Mangsa dikejarkan ke Hospital Beit Jala di Al-Khalil dan dilapor stabil. -Foto Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Seorang kanak-kanak perempuan Palestin nyaris terbunuh selepas terlibat dalam kejadian langgar lari di Baitulaham Tebing Barat semalam.

Menurut sumber tempatan insiden berlaku di sebatang jalan berhampiran penempatan haram Efrat.

Suspek seorang lelaki Yahudi melarikan diri sejurus kejadian.

Saksi berkata, insiden berkenaan bukan kemalangan biasa kerana suspek memecut kenderaannya sebaik melihat kelibat mangsa dan adik lelakinya di kawasan terbabit.

Mangsa dikenal pasti sebagai Dunya Awwad dari perkampungan Wad Rahhal, selatan Baitulaham.

Dunya dikejarkan ke Hospital Beit Jala di Al-Khalil dan keadaannya kini dilaporkan stabil. - Agensi

Artikel Berkaitan: