X

Kindly register in order to view this article
!

Pecah rumah: Dua lelaki Rohingya dijel tiga tahun

Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah melakukan pecah rumah milik seorang jurulatih taekwondo di Kuala Ibai di sini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki Rohingya dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah melakukan pecah rumah dan mencuri pelbagai barangan berharga bernilai RM20,000 milik seorang jurulatih taekwondo di Kuala Ibai di sini.

Keputusan dibuat selepas kedua-dua tertuduh, Md Husin Md Rasid, 29, dan Hashim Mohd Kassim, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah.

Mengikut pertuduhan, mereka yang tinggal di Rusila, Marang didakwa bersama-sama melakukan pecah rumah milik Najib Ali K G Mohamed Farook, 34, di Taman Green Acres, Jalan Tok Adis, di sini, kira-kira jam 3 pagi pada 4 Oktober lalu.

Mereka didakwa mencuri enam buah jam tangan pelbagai jenama, dua bentuk cincin, dua beg sandang jenama Coach dan Gucci, sebuah beg tangan jenama Guess, tiga buah telefon bimbit jenama Samsung dan wang tunai RM2,000 yang kesemuanya berjumlah RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus