Dua lelaki didakwa bunuh kawan baik

Puhaleandran dan Sathis Kumar di hadapan ke Mahkamah Majistret Kuantan didakwa atas tuduhan membunuh kawan baik mereka pada 18 Oktober lalu.
Puhaleandran dan Sathis Kumar di hadapan ke Mahkamah Majistret Kuantan didakwa atas tuduhan membunuh kawan baik mereka pada 18 Oktober lalu.
A
A
A

KUANTAN - Dua sahabat didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh kawan baik mereka dua minggu lalu.

Tertuduh, D Puhaleandram, 20, bersama sahabatnya, N Sathis Kumar, 27 didakwa membunuh Raju Ava, 27, di Ladang Sawit Blok 10/1 Felda Lepar Hilir 3 di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka antara jam 3 hingga 5 pagi pada 18 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret, Nurunaim Abdullah.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Muhairi Mohamed Noh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes.

Pada 20 Oktober lalu, Sinar Harian ada melaporkan mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam keadaan kaki dan tangan terikat di tepi Tasik Paya Bungor, KM50, Jalan Kuantan-Maran di sini.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari dan mungkin dibunuh.