X

Kindly register in order to view this article
!

Bas bawa warga Indonesia, Nepal terbalik

Seramai 14 penumpang mengalami kecederaan selepas bas terbalik di di KM315, Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan di sini hari ini.
A
A

TAPAH - Seramai 14 penumpang warga Indonesia dan Nepal cedera apabila bas ekspres yang membawa 30 penumpang terbalik di KM315, Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu bas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Genting Highlands.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu lelaki berusia 34 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

"Bas berkenaan melanggar penghadang jalan lalu terbalik di bahu kiri jalan tersebut.

"Seramai 14 penumpang berusia 19 hingga 42 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bas ekspres bawa 30 penumpang terbalik di Tapah hari ini.
Bas ekspres bawa 30 penumpang terbalik di Tapah hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa merupakan pekerja di negara ini dan merancang untuk bercuti ke kawasan peranginan itu.

"Kejadian itu tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi dan kenderaan terbabit dibawa untuk pemeriksaan Puspakom

"Berdasarkan keterangan, kemalangan itu dipercayai akibat mengantuk.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!