Isu rakyat jadi keutamaan: Wendy

Wendy (kanan) beramah mesra dengan penduduk pada program Walkabout di Pasar Pagi Pekan Nenas hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Wendy (kanan) beramah mesra dengan penduduk pada program Walkabout di Pasar Pagi Pekan Nenas hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PEKAN NANAS - Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam berazam untuk memastikan isu-isu rakyat dapat ditangani sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Menurutnya, isu-isu berkenaan akan sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan nasib rakyat terbela tanpa sebarang diskriminasi kaum.

"Sebagai parti berbilang kaum, kita akan memastikan isu-isu rakyat menjadi keutamaan dan kita fokus masalah rakyat Malaysia tak kira kaum.

"Walaupun ada yang kata kemenangan Gerakan tak akan ubah landskap politik tetapi kita boleh mencipta sejarah," katanya pada program Walkabout di Pasar Pagi Pekan Nenas hari ini.

Sementara itu, Wendy turut berazam untuk membawa suara wanita ke peringkat Parlimen.

Beliau berkata, usaha berkenaan diharap dapat membantu, sekali gus meningkatkan taraf hidup golongan wanita berikutan peranan wanita abad ini semakin penting dan berkembang seiring perubahan zaman.

Artikel Berkaitan: