Terima kasih penyokong, tiada insiden tidak diingini berlaku

Pemain JDT bergambar selepas berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kedah, sebentar tadi. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Pemain JDT bergambar selepas berjaya menjuarai Piala Malaysia menewaskan Kedah, sebentar tadi. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

TIADA sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan antara pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

"Semua berada dalam keadaan baik dan terkawal. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Terima kasih kepada kedua-dua penyokong pasukan yang hadir. Mereka (penyokong) menunjukkan semangat kesukanan yang baik," katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, JDT berjaya menewaskan Kedah dengan jaringan tiga gol berbalas kosong.

Anak-anak didik Benjamin Mora itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Leandro Velazquez tenang menyudahkan hantaran Gonzalo Cabrera pada minit ke-27.

JDT terus melebarkan jurang gol melalui sepakan percuma menarik, Safawi Rasid pada minit ke-35 yang gagal ditepis penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Kedah kemudian dihukum dengan jaringan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-57.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: JDT terlalu hebat buat Kedah