Kerajaan PH perlu berhenti beri alasan isu royalti

Che Abdullah Mat Nawi
Che Abdullah Mat Nawi
A
A
A

TUMPAT - Kemelut isu pembayaran royalti minyak kepada Kelantan masih berterusan sehingga tahun kedua pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mereka dikatakan terus memberi alasan tidak membayar royalti kepada negeri ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, alasan kerajaan PH tidak boleh membayar royalti petroleum kepada Kelantan kerana bersangkutan dengan kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petronas masih berjalan.

“Mereka terus berjanji lagi akan bayar royalti ini sebaik urusan tarik balik saman Kerajaan Negeri Kelantan selesai dan meminta rakyat negeri ini untuk sabar sedikit,” katanya.

Menurutnya, alasan terus diberikan dengan pihak tersebut tidak boleh bayar royalti kepada Kelantan kerana sempadan laut negeri antara Kelantan, Terengganu dan Pahang belum selesai.

“Katanya akan bayar apabila isu sempadan laut negeri ini selesai. Kerajaan ini tidak khianat tetapi sehingga ke hari ini hak rakyat Kelantan masih dinafikan.

“Kalau sempadan laut Kelantan tidak selesai, apakah sempadan laut Terengganu selesai, sedangkan laut Kelantan adalah bersempadan dengan laut Terengganu. Bagaimana pula sempadan laut Sabah dan juga Serawak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran royalti selepas isu sempadan perairan selesai: Azmin

Artikel Berkaitan:

Che Abdullah berkata, rakyat sepatutnya sudah boleh menilai PH yang terus mengelak daripada memberikan hak kepada Kelantan.

“Rakyat juga perlu bangkit dan terus mendesak Kerajaan PH supaya mengotakan janji. Saya yakin masih ramai pemimpin PH yang mempertahankan prinsip dan menegakkan keadilan. Saya harap mereka boleh bersuara untuk lebih adil kepada rakyat Kelantan,” katanya.