Warga asing guna bas Smart Selangor kena caj RM1

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal mengenakan caj RM1 kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, bagaimanapun perkhidmatan ini masih kekal percuma buat warganegara Malaysia.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) akan menyediakan sistem ‘Tap To Ride’ pada semua Bas Smart Selangor bagi membolehkan warganegara menggunakan kad pengenalan untuk menaiki bas tersebut.

"Kutipan bayaran caj perkhidmatan ini akan digunakan bagi selenggaraan bas serta menambah jumlah bas serta laluan Bas Smart Selangor," katanya ketika Pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini, bas Smart Selangor mempunyai 41 laluan di 11 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan 130 buah bas.

Beliau berkata, jumlah penumpang bagi perkhidmatan ini untuk tempoh sehingga 31 Ogos 2019 adalah sebanyak 38 juta orang.

"Kerajaan Selangor ingin memberikan jaminan serta komitmen untuk mengekalkan kelangsungan perkhidmatan Bas Smart Selangor

Artikel Berkaitan: