ADUN Jeram kekal bersama blok kerajaan

Mohd Shaid duduk bersama barisan kerajaan pada sesi pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.
Mohd Shaid duduk bersama barisan kerajaan pada sesi pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli dilihat kekal duduk bersama blok kerajaan semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.

Sebelum ini, Mohd Shaid bertindak menghantar permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim untuk menukar tempat duduk bersama blok pembangkang pada sesi persidangan kali ini.

Tindakan beliau itu dibuat sebagai tanda protes terhadap Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu yang tidak menghormati kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Suee Lim telah menolak permohonan Mohd Shaid itu dan beranggapan ia tidak berasas berikutan beliau masih ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH).

Malah beliau berkata, Mohd Shaid juga tidak mengeluarkan sebarang surat atau pengumuman bagi menjadi ADUN bebas di negeri ini.

ARTIKEL BERKAITAN ADUN Bersatu mohon duduk bersama pembangkang dalam sidang DUN

Artikel Berkaitan: