Kenderaan perayau China mendarat di kawasan gelap bulan

Ia turut menghantar gambar kawasan gelap bulan kepada satelit Queqiao.
Ia turut menghantar gambar kawasan gelap bulan kepada satelit Queqiao.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Kenderaan perayau milik China berjaya mendarat di bahagian gelap bulan, semalam yang menjadi kejayaan pertama dalam merealisasikan cita-cita Beijing untuk menjadi kuasa terbesar di angkasa lepas.

Chang'e-4 melakukan pendaratan itu pada jam 10.26 pagi (waktu tempatan) dan turut menghantar gambar kawasan gelap bulan itu kepada satelit Queqiao yang akan menyampaikan komunikasi kepada pengawal di bumi.

Menurut Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China, ia turut membawa enam eksperimen dari China dan empat dari luar negara termasuk kajian astronomi frekuensi rendah.

Selain itu, Chang'e -4 juga akan menjalankan ujian mineral dan radiasi di kawasan tersebut.

Difahamkan, ia adalah misi kedua selepas Yutu yang dilancarkan pada 2013. - Agensi

Artikel Berkaitan: