Food Bank YaPEIM 1.0: Lebih 200,000 orang dijangka terima manfaat

Fuziah (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2018 kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri Nik Mohd Fitra Wan Jaffar (kiri) pada Majlis Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Movenpick, KLIA hari ini. -Foto Bernama
Fuziah (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2018 kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri Nik Mohd Fitra Wan Jaffar (kiri) pada Majlis Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Movenpick, KLIA hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malayisa (YaPEIM) 1.0 dijangka akan dapat dimanfaatkan seramai 242,600 orang apabila ia berakhir pada Mac Tahun hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, sehingga kini 18,610 orang di seluruh negara telah pun menerima manfaat d​daripada program itu yang menjadi antara usaha YaPEIM meningkatkan taraf hidup rakyat melalui agihan bantuan secara bersasar kepada golongan B40, pelajar dan asnaf.

“Program dengan peruntukan RM4 juta yang dimulakan pada Ogos, telah pun ‘memasuki’ 26 daripada 145 daerah yang disasarkan.

“Antara negeri yang telah mendapat manfaat adalah Pahang, Johor, Sabah serta Sarawak. Selepas ini, kita akan masuk negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ​​​Program ​Food Bank YaPEIM 1.0 Peringkat Nasional di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, sehingga hari ini seramai 2,550 orang menerima manfaat Program ​Food Bank YaPEIM 1.0 dalam bentuk makanan sedia untuk dimakan (RTE) khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan perbelanjaan sebanyak RM12,800.

Mohd Daud berkata, program RTE​ itu telah dilaksanakan di lima​ ​lokasi iaitu di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Politeknik Seberang Perai, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak dan Kolej Profesional Baitulmal.

Katanya, seramai 16,060 orang pula telah menerima bantuan berbentuk makanan kering dengan perbelanjaan berjumlah RM1.07 juta.

Sumbangan berbentuk RTE adalah makanan segera, jangka masa pendek atau makanan jangka masa panjang yang ‘diretort’ (makanan yang dibungkus secara selamat) manakala makanan kering pula adalah barangan keperluan asas seperti beras dan gula. - Bernama

Artikel Berkaitan: