Liverpool ugut boikot Piala Liga Inggeris

Klopp
Klopp
A
A
A

LIVERPOOL mengancam mahu memboikot Piala Liga Inggeris sekiranya pihak penganjur tidak mencari jalan penyelesaian untuk mengubah tarikh perlawanan suku akhir.

The Reds berjaya mara ke saingan suku akhir selepas menewaskan Arsenal di Anfield awal pagi tadi dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 tamat masa sebenar perlawanan.

Liverpool selaku penyandang Liga Juara-Juara bakal beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA yang bakal dilangsungkan pada 17 hingga 21 Disember di Qatar iaitu minggu yang sama dengan perlawanan suku akhir Piala EFL.

Kata Klopp, jika pihak penganjur Liga Piala Inggeris tidak menunda tarikh perlawanan, Liverpool tidak teragak-agak untuk menarik diri daripada saingan itu.

"Jika mereka (pihak penganjur) tidak mengatur tarikh yang sepatunya, maka kami tidak akan bermain. Mereka perlu mencari pasukan lain untuk menggantikan kami.

"Kami tidak sanggup menjadi mangsa keadaan. Saya telah jelaskan kepada FIFA tentang masalah ini," katanya.

Menurut Klopp, dia tidak risau terlepas kejuaraan itu memandangkan ada perlawanan yang lebih penting berbanding Piala Liga Inggeris.

"Saya tidak bimbang terhadap masalah ini, bukan kami yang membuat jadual saingan.

Artikel Berkaitan:

"Jika anda memiliki jadual di mana salah satu pasukan tidak boleh mengambil bahagian dalam kesemua perlawanan, anda harus memikirkan semula tentang jadual tersebut," katanya.