PATI lari ikut pintu belakang elak kena cekup

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Selera di premis makanan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara semalam.
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Selera di premis makanan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pekerja warga asing yang leka mengambil tempahan menu kepada pelanggan di sebuah kedai makan dikejutkan dengan serbuan oleh pasukan imigresen.

Dalam Ops Selera kira-kira jam 2.15 petang semalam di sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra itu, seramai 58 individu diperiksa dan daripada jumlah tersebut, seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita ditahan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dalam ops tersebut sebanyak 15 buah premis makanan di pusat beli-belah berkenaan diperiksa.

"15 PATI berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Bangladesh, Somalia (2), Myanmar (2), Yaman (1) dan Nepal (1).

"Semakan lanjut juga mendapati mereka gagal mengemukakan pas atau permit yang sah selain menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kesemua PATI tersebut bekerja di premis terbabit sebagai tukang masak, pembantu restoran dan pelayan.

Katanya, semasa serbuan, ada antara PATI berkenaan cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun tindakan itu tidak berjaya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, pihaknya memandang serius berhubung isu PATI dan operasi akan terus dilaksanakan tanpa sebarang kompromi. Pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang bersekongkol dan menggajikan PATI.