SAR lelaki jatuh Jambatan Sultan Yahya Petra diteruskan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Mohd Ridzuan Ali berkata, SAR itu diteruskan pada jam 9.15 pagi tadi selepas pihaknya menangguhkan operasi pada jam 6.30 petang semalam.

"Pencarian diteruskan pada jarak lima kilometer ke muara dari tempat mangsa dikatakan jatuh di jambatan terbabit.

"Seramai 51 anggota terlibat termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada SAR hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya mengalami sedikit kesukaran untuk melaksanakan operasi SAR pada hari ini berikutan arus deras Sungai Kelantan.

Semalam seorang lelaki berumur 42 tahun dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra. - Bernama

Artikel Berkaitan: