Jumpa mayat dalam longkang

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam tadi sebelum dilaporkan kepada pihak polis. -Foto Ihsan pembaca
Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam tadi sebelum dilaporkan kepada pihak polis. -Foto Ihsan pembaca
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui mati di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Taman Inderapura, di sini malam tadi.

Mayat mangsa dikenali sebagai Rosmizi Suhani, 47, beralamat di Kampung Razali, Jalan Gambang, di sini ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam sebelum penemuan dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mayat mangsa hanya berseluar jeans tanpa baju ketika ditemui.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa atau sebarang kesan pergelutan.

“Identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan pengecaman bekas isteri berdasarkan tanda pada lengan kanannya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: