Farah reda pemergian suami...

Gambar yang dimuat naik Farah di laman Instagram miliknya pagi tadi.
Gambar yang dimuat naik Farah di laman Instagram miliknya pagi tadi.
A
A
A

LIPIS - Farah Ahmad, 42, reda dengan kehilangan suaminya selepas mayat pengarah filem, Pitt Hanif atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif berjaya ditemukan petang tadi.

Menurutnya, biarpun sedih dia reda dan bersyukur mayat suaminya berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.

"Sebelum ini (sebelum mangsa ditemui) saya dan anak-anak sentiasa berdoa ada keajaiban dalam operasi mencarinya namun saya beritahu anak-anak kena terima ketentuan ALLAH SWT.

"Cuma saya sedikit terkilan kerana tidak dapat berjumpa suami lebih dua bulan kerana kesibukan tugas dalam bidang seni masing-masing," kata Farah yang juga seorang pelakon drama.

Ujarnya, dia dan Allahyarham merancang untuk bercuti bersama namun kini hanya tinggal impian semata-mata berikutan pemergian suaminya dalam kejadian tersebut.

Mayat mangsa ditemukan jam 4.25 petang kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, bot gentian kaca dinaiki mangsa bersama rakannya terbalik di tempat kejadian namun rakannya berjaya menyelamatkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mula-mula tahu kami cemas, tapi yakin Pitt boleh 'survive''

Mayat pengarah filem Pitt Hanif ditemukan

Artikel Berkaitan: