Malaysia, Pakistan bincang isu bersama

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) berbual bersama rakan sejawatan dari Pakistan Imran Khan ketika sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra hari ini.
Imran Khan kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Dr Mahathir. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) berbual bersama rakan sejawatan dari Pakistan Imran Khan ketika sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra hari ini.
Imran Khan kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Dr Mahathir. - Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Para pemimpin Malaysia dan Pakistan hari ini mengadakan berbincangan mengenai isu-isu bersama termasuk pelaburan langsung asing (FDI), kerjasama pertahanan, pemulihan syarikat-syarikat, penswastaan dan pelancongan pada mesyuarat mereka di sini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pejumpaannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, pemimpin pertama yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sejak beliau menerajui semula kerajaan, berkata mereka telah berbincang mengenai "banyak isu bersama".

“Kami akan terus mengadakan dialog untuk menimba manfaat daripada pengalaman masing-masing," katanya selepas pertemuan mereka di Perdana Putra di sini hari ini.

Imran Khan tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Dr Mahathir berkata Imran Khan juga telah mengundang beliau untuk melawat Pakistan pada bulan Mac tahun depan untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Pakistan.

Dr Mahathir berkata Malaysia menerima baik cadangan Pakistan hendak menjadi rakan dialog Asean.

“Kami menerima baik hasrat Pakistan hendak menjadi rakan dialog Asean,” kata beliau.

Malaysia dan Pakistan telah lama menjalin hubungan dua hala yang bermakna dalam bidang-bidang pendidikan, pelancongan, kerjasama pertahanan dan bantuan teknikal.

Pada 2017, jumlah dagangan antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 3.5 peratus berbanding 2016. - Bernama