[DIKEMASKINI] Dakwa atau bebas tahanan jika siasatan sudah selesai

Waytha Moorty(tengah) beramah mesra dengan kanak-kanak yang hadir pada Perjumpaan Rumah Terbuka Deepavali di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Waytha Moorty(tengah) beramah mesra dengan kanak-kanak yang hadir pada Perjumpaan Rumah Terbuka Deepavali di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
A
A
A
SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorty bersetuju dengan gesaan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto supaya polis mendakwa atau membebaskan tahanan sekiranya siasatan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas telah selesai.

Malah tegas Waytha Moorthy, manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini juga adalah jelas iaitu meminta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuh atau dikaji semula.

“Kita (PH) telah meminta SOSMA dimansuhkan atau dikaji semula kerana terdapat dalam peruntukan undang-undang itu didapati tidak memenuhi keperluan hak asasi manusia.

“Berdasarkan itu bagi saya permintaan Kasthuri adalah munasabah. Kita akan tengok bagaimana kajian semula Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Rumah Terbuka Deepavali di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini semalam.

Waytha Moorthy berkata demikian bagi mengulas desakan Kasthuri agar polis sama ada mendakwa atau membebaskan tahanan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Artikel Berkaitan: