8 pasukan berentap di Kejohanan Piala Pengarah Urusan KDEBWM 2019

Ramli (lapan dari kiri) bersama pasukan cawangan Ampang Jaya dan kompektor yang dihasilkan sebagai menyahut tema kelestarian alam sekitar.
Ramli (lapan dari kiri) bersama pasukan cawangan Ampang Jaya dan kompektor yang dihasilkan sebagai menyahut tema kelestarian alam sekitar.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lapan pasukan mewakili 11 cawangan KDEB Waste Management (KDEBWM) berentap di Kejohanan Piala Pengarah Urusan di Stadium Rhino di sini hari ini.

Kejohanan melibatkan warga kerja KDEBWM itu bermula jam 8 pagi yang disempurnakan Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir.

Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana dua pasukan terbaik kumpulan akan meneruskan perlawanan ke peringkat separuh akhir.

Ramli berkata, kejohanan kali kedua itu bertujuan menggalakkan warga kerja aktif dalam sukan dan merapatkan hubungan silaturahim.

"Terdapat dua tambahan pasukan berbanding tahun sebelumnya selepas pengambilalihan 11 pihak berkuasa tempatan tahun ini kecuali Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Lapan pasukan berentap termasuk Sepang, Selayang dan Ampang Jaya. Turut serta adalah pasukan gabungan antaranya ibu pejabat Shah Alam dengan Klang; Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam; Kuala Langat serta Sepang," katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah Urusan 2019 di Stadium Rhino di sini hari ini.

Ramli
Ramli

Ramli berkata, bagi memeriahkan acara, setiap pasukan terlibat dengan raptai yang membawa tema kelestarian kitar semula selain turut diadakan hadiah cabutan bertuah.

Artikel Berkaitan:

"Banyak lagi program sukan dirangka dalam menggalakkan kakitangan beraktiviti antaranya pertandingan boling, badminton dan berbasikal.

"Saya nak pastikan semua warga kerja KDEBWM bukan hanya fokus kepada kerja tapi dalam masa sama tidak lupa beriadah supaya kehidupan mereka seimbang seterusnya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada syarikat," katanya.

Perlawanan akhir berlangsung sekitar jam 1 tengah hari ini dan juara bakal membawa piala pusingan dan piala iringan serta cenderamata.

Ampang Jaya adalah pasukan pertama yang menjuarai kejohanan sulung pada tahun lepas selepas menewaskan cawangan Petaling Jaya dengan keputusan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir.

Beg kitar semula dihasilkan oleh warga kerja KDEBWM Kajang.
Beg kitar semula dihasilkan oleh warga kerja KDEBWM Kajang.